Wednesday, 29 October 2014

ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA

Teks ialah sebarang aksara yang ditaip pada komputer. Fungsi utama teks adalah menyampaikan sesuatu idea atau fakta. Aksara terdiri daripada: 

  • Abjad : A hingga Z
  • Nombor : Sebarang nombor 0 hingga 9
  • Simbol : @, , , : , ; , + , # , " , [
1. Mukataip (Typeface) 
Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara.  Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer.  Antaranya ialah: 

1.1 Arial 
1.2 Comic Sans MS 
1.3 Times New Roman 

Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu persembahan multimedia yang dibuat. 

2. Fon (Font) 
Fon (font) ialah saiz-saiz  yang tertentu bagi mukataip. Contohnya: 2.1 14 point Times New Roman  bermaksud  muka taip berjenis  Times New Roman dan saiznya ialah 14. 

2.2 20 point Lucida Handwriting  bermaksud mukataip berjenis Lucida Handwriting  dan saiznya ialah 20. 

3. Kategori Teks 
Terdapat dua kategori teks iaitu:  
3.1 Serif (ada dekoratif) 
Serif merujuk kepada dekoratif pada hujung sesuatu aksara.  
Contoh: Times New Roman, Ravie, Book Antiqua, Palatino Linotype
  

3.2 San Serif (tiada dekoratif) 
Maksudnya tiada dekoratif pada hujung aksara. 
Contoh: Arial, Tahoma, Calibri, Century Gothic 




                 

Perkataan sans bermakna “tanpa” dalam bahasa Perancis, maka fon sans serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.


4. Struktur Teks 
Terdapat dua jenis struktur teks iaitu 
4.1 Teks Linear Teks 
Linear ialah teks biasa  

4.2 Teks Tidak Linear 
Teks Tidak Linear ialah teks yang menggunakan pautan (links). Ia juga dikenali sebagai Hiperteks.
  
5. Format Fail Teks 
5.1 Text (*.txt) 
Merupakan format teks yang paling asas. Ia hanya memformat aksara asas tanpa sebarang gaya (style).
  
5.2 Rich Text Format  (*.rtf) 
Merupakan format teks yang memformatkan aksara yang ditulis dalam pelbagai gaya (style).  Maksudnya, aksara boleh ditaip dengan meletakkan pelbagai jenis mukataip, saiz mukataip dan kesan font seperti huruf tebal atau huruf condong.  Teks dalam format ini juga boleh ditulis dalam bentuk perenggan dan boleh diletakkan penjajaran (align text- kanan, kiri, tengah atau kelarasan (justify).  



No comments:

Post a Comment