Wednesday, 29 October 2014

ELEMEN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Ia merupakan suatu proses menjadikan sesuatu objek kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.  

Penggunaan animasi mampu menceriakan proses penyampaian dimana persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik. Ia juga mampu menarik minat murid dengan mudah dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan.  
  
1. Animasi GIF (Animated GIF)
Animasi GIF (Animated GIF) merujuk kepada siri imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berurutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ia digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan.   

2. Animasi Berkomputer 
Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik. Kategori animasi berkomputer terdiri daripada animasi 2 Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (2D).     

3. Animasi 2 Dimensi  
Animasi 2 dimensi merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan.

4. Animasi 3 Dimensi (3D) 
Animasi 3 dimensi merujuk kepada objek tiga dimensi terbentuk menerusi permodelan atau formula matematik yang mampu dipapar dari setiap sudut pandangan. Antara kaedah yang digunakan ialah: 
  
4.1 Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding) 
4.2 Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lighting)
4.3 Pemetaan (Mapping) 
4.4 Rendering dan Animasi  


Antara fail format animasi ialah format daripada perisian AutoDesk 3D Studio & Animator (*.fli, *.flc) dan Macromedia Director (*.dir). Animasi juga disimpan sebagai klip video yang mempunyai format fail Quick Time (*.mov) dan Video untuk format Windows (*.avi).     

No comments:

Post a Comment