Wednesday, 29 October 2014

ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA  

Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Melalui audio, pengguna boleh menjadikan persembahan mereka lebih interaktif dengan memasukkan suara latar, muzik atau lagu.
  
1. Tujuan audio dalam multimedia 
Penggunaan audio dalam multimedia dapat membantu proses penyampaian lebih mantap dan berkesan.  Ini kerana audio boleh menjadi medium bahan bantu sekiranya murid tidak berkeupayaan untuk melihat dengan baik.  Di samping itu, penggunaan audio juga boleh menimbulkan suasana yang menarik dan ceria.  Audio juga dapat meningkatkan motivasi di kalangan murid-murid agar lebih berminat mengikuti sesuatu penyampaian maklumat.   

2. Jenis-jenis fail format audio 

  • Fail wave
  • Fail MIDI
  • Fail MP3

No comments:

Post a Comment