ELEMEN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Ia merupakan suatu proses menjadikan sesuatu objek kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.
Penggunaan animasi mampu menceriakan proses penyampaian dimana persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik. Ia juga mampu menarik minat murid dengan mudah dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan.
1. Animasi GIF (Animated GIF)
Animasi GIF (Animated GIF) merujuk kepada siri imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berurutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ia digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan.
2. Animasi Berkomputer
Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik. Kategori animasi berkomputer terdiri daripada animasi 2 Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (2D).
Wednesday, 29 October 2014
ELEMEN VIDEO DALAM MULTIMEDIA
Video ialah satu siri imej yang disusun dan dimainkan dengan pantas. Susunan imej ini dibuat secara beberapa siri imej dalam satu saat (frame per second atau fps). Semakin banyak fps semakin jelas paparan videonya. Walau bagaimanapun kejelasan video bergantung kepada kepada piksel ataupun bit warnanya.
Antara resolusi warna yang biasa digunakan ialah 8 bit, 16 bit, 24 bit. Semakin tinggi resolusi warna semakin menarik dan jelas warnanya. Rakaman video digunakan untuk hiburan, drama, muzik, dokumentari, kartun, gambar animasi dan sebagainya. Video dalam sistem operasi window disimpan dalam bentuk

- Fail AVI
- Fail MPEG
ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA
Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Melalui audio, pengguna boleh menjadikan persembahan mereka lebih interaktif dengan memasukkan suara latar, muzik atau lagu.
1. Tujuan audio dalam multimedia
Penggunaan audio dalam multimedia dapat membantu proses penyampaian lebih mantap dan berkesan. Ini kerana audio boleh menjadi medium bahan bantu sekiranya murid tidak berkeupayaan untuk melihat dengan baik. Di samping itu, penggunaan audio juga boleh menimbulkan suasana yang menarik dan ceria. Audio juga dapat meningkatkan motivasi di kalangan murid-murid agar lebih berminat mengikuti sesuatu penyampaian maklumat.
2. Jenis-jenis fail format audio

- Fail wave
- Fail MIDI
- Fail MP3
ELEMEN IMEJ DALAM MULTIMEDIA
1. Jenis Imej:
1.1 Fotograf atau gambar foto
1.2 Lukisan
1.3 Kartun
1.4 Graf atau carta
1.5 Ikon, simbol, garis dan butang
1.6 Diagram
2. Peranan imej dalam multimedia
2.1 Menghiburkan
2.2 Memberi maklumat
2.3 Media komunikasi
2.4 Menyampaikan cerita
2.5 Memujuk
2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi
1. Jenis Imej:
1.1 Fotograf atau gambar foto
1.2 Lukisan
1.3 Kartun
1.4 Graf atau carta
1.5 Ikon, simbol, garis dan butang
1.6 Diagram
2. Peranan imej dalam multimedia
2.1 Menghiburkan
2.2 Memberi maklumat
2.3 Media komunikasi
2.4 Menyampaikan cerita
2.5 Memujuk
2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi
ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA
Teks ialah sebarang aksara yang ditaip pada komputer. Fungsi utama teks adalah menyampaikan sesuatu idea atau fakta. Aksara terdiri daripada:
Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara. Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer. Antaranya ialah:
1.1 Arial
1.2 Comic Sans MS
1.3 Times New Roman
Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu persembahan multimedia yang dibuat.
2. Fon (Font)
Fon (font) ialah saiz-saiz yang tertentu bagi mukataip. Contohnya: 2.1 14 point Times New Roman bermaksud muka taip berjenis Times New Roman dan saiznya ialah 14.
2.2 20 point Lucida Handwriting bermaksud mukataip berjenis Lucida Handwriting dan saiznya ialah 20.
Teks ialah sebarang aksara yang ditaip pada komputer. Fungsi utama teks adalah menyampaikan sesuatu idea atau fakta. Aksara terdiri daripada:
- Abjad : A hingga Z
- Nombor : Sebarang nombor 0 hingga 9
- Simbol : @, , , : , ; , + , # , " , [
Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara. Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer. Antaranya ialah:
1.1 Arial
1.2 Comic Sans MS
1.3 Times New Roman
Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu persembahan multimedia yang dibuat.
2. Fon (Font)
Fon (font) ialah saiz-saiz yang tertentu bagi mukataip. Contohnya: 2.1 14 point Times New Roman bermaksud muka taip berjenis Times New Roman dan saiznya ialah 14.
2.2 20 point Lucida Handwriting bermaksud mukataip berjenis Lucida Handwriting dan saiznya ialah 20.
DEFINISI MULTIMEDIA
Multimedia merujuk kepada gabungan dua atau lebih elemen multimedia iaitu teks, imej, audio, video dan animasi.
- Teks- Contoh: buku cerita
- Imej- Contoh: gambar air terjun
- Audio- Contoh: bunyi burung
- Video- Contoh: rakaman berita
- Animasi- Contoh: Boboi Boy
Subscribe to:
Posts (Atom)